Malam anugerah Anugerah Juara Lagu ke-22

Tahun ini paling banyak menampilkan penyanyi gantian disebabkan penyanyi asal tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Faizal Tahir (penyanyi asal Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta) telah diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta selama tiga bulan mulai 15 Januari 2007, dua minggu sebelum AJL 22 yang menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk muncul membawakan dua lagunya.[4] Sementara itu, Kaer sibuk menuntut di Indonesia[5] maka tempatnya untuk lagu Izinku Pergi terpaksa diganti Sahri AF1. Rio Febrian, penyanyi Indonesia yang berduet dengan Jaclyn Victor dalam lagu Ceritera Cinta, juga tidak dapat hadir, maka tempatnya diganti Lah Ahmad.

Upacara anugerah malam ini diacarakan oleh Fara Fauzana, Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad. Malam anugerah dimulakan dengan persembahan "Senang Tari", "Asmaradana" oleh Dayang Nurfaizah. Kesemua lagu dan penyanyi dinilai oleh lapan orang juri:

  • Azhar Borhan, ketua juri
  • Fauzi Marzuki, komposer
  • Hanizam Adullah, penulis Berita Harian
  • Helen Yap, komposer
  • Syafinaz Selamat, pensyarah vokal/penyanyi
  • Amran Omar, penulis lirik
  • Arab, penerbit muzik
  • Farihin Abdul Fatah, penerbit muzik

Berikut adalah susunan persembahan sepanjang malam anugerah:

  1. Farhana (Putri Bumi Kenyalang)
  2. Samudera
  3. Harapan
  4. Destinasi Cinta
  5. Mahakarya Cinta
  6. Kasihnya Balkis
  7. Sembunyi
  8. Janjiku
  9. Izinku Pergi
  10. Angan dan Sedar
  11. Ceritera Cinta
  12. Itu Kamu
  13. Dirgahayu
  14. Kasih Tercipta

Persembahan selingan yang ditunjukkan selepas selesainya kesemua lagu yang bertanding didendangkan dan sebelum keputusan diumumkan, adalah "Kata" oleh Hazami, "Fantasi Bulan Madu" oleh Hattan dan Dayang Nurfaizah, "Caramu" oleh Nikki, "Keabadian Cinta" oleh Ziana Zain dan "Seindah Biasa" oleh kumpulan The Lima.

Keputusan

  • Juara Lagu: "Itu Kamu" (Estranged / Richael Lawrence)
  • Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Samudera" (Nora / Johan Nawawi / Ahmad Fedtri Yahya)
    • Balada: "Izinku Pergi" (Sahri / Azlan Abu Hassan / Sulu Sarawak)
    • Pop Rock: "Itu Kamu" (Estranged / Richael Lawrence)
  • Vokal Terbaik: Jac dan Lah Ahmad ("Ceritera Cinta")
  • Persembahan Terbaik: Mawi ("Angan Dan Sedar")

Anugerah Juara Lagu kali ini menampilkan buat kali keempat sebuah kumpulan menjadi juara selepas Kumpulan Search (1989), Kumpulan Mega (1991) dan Kumpulan Spider (2004). Untuk kali ini juga, 50% sumbangan undian SMS bagi Persembahan Terbaik buat kali kedua diperkenalkan selepas kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Juara Lagu 2005. Kedua-dua hasil undian ini memihak kepada persembahan Mawi.